SELAMAT DATANG KE BLOG BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI UITM TERENGGANU KAMPUS DUNGUN.

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi halaman BPF UiTM Terengganu, Kampus Dungun. Adalah besar harapan kami agar laman ini dapat memberikan anda maklumat terkini berhubung bahagian ini khasnya pada bila-bila masa. Melalui laman blog ini, kami mengalu-alukan sekiranya terdapat sebarang pandangan dan cadangan bagi pihak kami mempertingkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga UiTM Terengganu, Kampus Dungun.

profile bahagian

BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI UITM TERENGGANU

SEJARAH PENUBUHAN
Bahagian pengurusan fasiliti pada mulanya dikenali sebagai unit bangunan dan kawasan ditubuhkan pada tahun 1981. Pada mulanya bahagian ini diletakkan dibawah pengawasan pengurus asrama. Kemudiannya bahagian ini dipindahkan ke bawah pengawasan penolong pendaftar bahagian pentadbiran pada tahun 1982.
Bahagian ini telah diketuai oleh seorang pembantu teknik bermula pada tahun 1983 dan pada tahun 1986 tambahan seorang lagi pembantu teknik telah diperolehi. Pada tahun 1995, nama bahagian ini ditukar lagi kepada unit pembangunan dan selengaraan sehingga tahun 2004 .Pada tahun 2004 bahagian ini dinamakan bahagian pembangunan dan penyelenggaraan. 
Pada tahun 2006 penguatkuasaan pemakaian nama bahagian sebagai bahagian pengurusan fasiliti. Bahagian pengurusan fasiliti merupakan bahagian yang  bukan hanya sekadar  untuk mengurus dan melaksanakan urusan pembangunan dan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur dan kawasan kampus serta yang berkaitan dengannya malah mencakupi dari aspek pengurusan kualiti .
  Bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran tugas, bahagian ini di bahagikan kepada 4 unit iaitu unit perancangan projek, unit khidmat pelanggan & majlis, unit pengurusan utiliti & kualiti dan unit kontrak dan kawalan kos. Secara keseluruhannya bpf mempunyai 44 orang kakitangan pelbagai kategori. Pada masa ini bpf diterajui oleh seorang jurutera, seorang pembantu teknik kanan awam, seorang pembantu teknik m & e, seorang pembantu teknik kuasa dan seorang pembantu teknik ukur bahan 

Visi
Menjadikan UiTM Cawangan Terengganu sebagai sebuah IPT yang mempunyai pengurusan kemudahan kampus yang terbaik.
Misi
  1. Menjadi organisasi rujukan dalam bidang pengurusan kemudahan.
  2. Mempunyai sistem pengurusan yang efektif, efisien dan proaktif.
  3. Menyediakan prasarana yang lengkap dan suasana pembelajaran dan pendidikan yang konduktif di kampus.
  4. Menyediakan pakej penyelenggaraan yang kompetatif

Objektif Kualiti Bahagian Pengurusan Fasiliti

  1. Mensasarkan paling kurang 80%  daripada gangguan bekalan elektrik dipulihkan dalam masa 1 jam.
  2. Mensasarkan tahap kebersihan keseluruhan bangunan pada tahap paling kurang 90%
  3. Memastikan semua alat pemadam api mudah alih di kampus sentiasa berfungsi dengan baik pada setiap masa.
  4. Mensasarkan sekurang-kurangnya 90% daripada kemudahan / kelengkapan elektrik di bilik kuliah berfungsi ketika kuliah dijalankan dan melakukan pemantauan 2 kali setiap semester.
  5.  Memastikan tahap kepuashatian pelanggan terhadap perlaksanaan  projek di tahap 80%   

Piagam Pelanggan

UNIT PROJEK & UBAHSUAI DALAMAN
  1. Menyediakan rekabentuk projek-projek yang berkualiti dan kondusif  serta selamat digunakan di dalam jangka masa  tidak melebihi 3  bulan  dari tarikh projek diluluskan tertakluk kepada jenis dan saiz projek.
  2. Memberi perkhidmatan dari aspek teknik dan menjalankan kerja- kerja  untuk bahagian-bahagian teknik dan bukan  teknik apabila diperlukan.
  3. Memastikan penyediaan dokumen pembayaran disiapkan dalam  tempoh 15  hari  selepas penyerahan kerja oleh kontraktor.
UNIT KAWALAN KOS DAN KONTRAK
  1. Menyediakan segala dokumentasi samada dokumen tawaran,dokumen sebutharga, dokumen kontrak dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek yang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh bahagian kawalan  kos dan kontrak pejabat pengurusan  fasiliti uitm malaysia.
  2. Menyediakan dokumen tender dalam tempoh 3 minggu dan sebutharga rasmi dalam tempoh 5 hari waktu bekerja berserta anggaraannya dari tarikh kelulusan projek diperolehi.
  3. Membuat analisa tender di dalam tempoh masa 14 hari waktu bekerja dan analisa sebutharga rasmi di dalam  tempoh masa 7 hari  waktu bekerja selepas dari tarikh tutup iklan.
UNIT KHIDMAT PELANGGAN
  1. Memberi perkhidmatan yang pantas, berkualiti, cekap dan mesra selaras dengan  keperluan semasa pelanggan.
  2. Mengambil tindakan di atas setiap aduan-aduan kerosakan awam, paip, elektrik, mekanikal dan acaman haiwan berbisa yang  diterima dari pelanggan dalam tempoh seperti berikut:
        I.    Aduan-aduan kecemasan  :  serta merta dan tidak daripada 24 jam. 
      II.     Aduan-aduan biasa  :  sekurang-kurangnya hari dari tarikh aduan.
  3.  Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal kepada pelanggan dari semasa ke semasa.
  4. Memastikan kawasan kampus senitasa bersih, selesa, ceri dan selamat digunakan serta  kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran.
  5. Menyelaras pengurusan tempoh bilik mesyuarat utama, bilik mesyuarat pengurusan fasiliti, Dataran Sura, Dataran Jasmin dan Dewan Aspirasi dari pengguna dalam dan luaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memberi maklumbalas dari 1 hingga 4 hari waktu bekerja.
  6. Menyediakan segala persiapan keperluan bagi program-program rasmi dan tidak rasmi  dari pelanggang dengan perkhidmatan yang pantas,  cekap dan berkualiti selepas  kelulusan permohonan diterima. 
  7. Menyediakan persiapan dan menyusunatur kerusi dan meja di bilik-bilik kuliah menjelang Peperiksaan dan semester baru bermula.
UNIT MAJLIS
  1. Menyelaras pengurusan tempoh bilik mesyuarat utama, bilik mesyuarat pengurusan fasiliti, dataran sura, dataran jasmin dan dewan aspirasi dari pengguna dalam dan luaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memberi maklumbalas dari 1 hingga 4 hari waktu bekerja.
  2. Menyediakan segala persiapan keperluan bagi program-program rasmi dan tidak rasmi dari pelanggang dengan perkhidmatan yang pantas,  cekap dan berkualiti selepas kelulusan permohonan diterima.
  3. Menyediakan persiapan dan menyusunatur kerusi dan meja di bilik-bilik kuliah menjelang peperiksaan dan semester baru bermula.
UNIT PENGURUSAN & KUALITI
  1. Memastikan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan pantas dan efisyen  selaras dengan kehendak pengurusan dan pelanggan.
  2. Memberi respon kepada setiap surat yang diterima daripada bahagian lain  dalam tempoh 4 hari waktu bekerja.
  3. Penghantaran dan penerimaan surat-surat luaran dan dalaman diproses  dan diambil tindakan dalam tempoh 2 hari  waktu bekerja.
  4. Menambahbaik setiap cadangan yang dikemukakan berasakan bukti yang  sahih yang diperolehi melalui proses audit.
  5. Membuat tindakan susulan ke atas setiap aduan yang diterima daripada bahagian-bahagian lain dalam tempoh 7 hari  waktu  bekerja.
Twitter Bird Gadget