SELAMAT DATANG KE BLOG BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI UITM TERENGGANU KAMPUS DUNGUN.

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi halaman BPF UiTM Terengganu, Kampus Dungun. Adalah besar harapan kami agar laman ini dapat memberikan anda maklumat terkini berhubung bahagian ini khasnya pada bila-bila masa. Melalui laman blog ini, kami mengalu-alukan sekiranya terdapat sebarang pandangan dan cadangan bagi pihak kami mempertingkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga UiTM Terengganu, Kampus Dungun.

unit

Unit Pengurusan & Kualiti

Ketua Unit: Faizul Rizal Mohd Tazudin (Pembantu Teknik Elektrik Kuasa)
Ketua Seksyen Persiapan : Ismail Che Omar 
Tugas dan peranan Unit Pengurusan lebih menjurus kepada Pengurusan Sumber Manusia BPF. Peranan utama unit adalah memberi perkhidmatan berupa tenaga manusia dalam membantu dalam menjayakan aktiviti universiti terutamanya dari segi persiapan majlis universiti.
Selain mengurus beberapa ruang utama universiti seperti Dewan Aspirasi, Dewan Dahlia, Dewan Cempaka, Dataran Sura dan Dataran Jasmin, unit juga menyediakan perkhidmatan persiapan majlis. Kelengkapan majlis seperti meja, alas meja, skirting, kerusi, bunga hiasan menjadi agenda utama setiap kali majlis universiti diadakan. Disamping itu, unit juga bertanggungjawab dalam menyediakan kakitangan tunggu sedia semasa operasi kemudahan bangunan seperti pendingin hawa berpusat, sistem siaraya, lampu pentas dan sebagainya.
Selain itu, unit juga bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan staf BPF. Sebagai satu unit pentadbiran kecil kepada bahagian, Unit Pengurusan, BPF dianggap pembela kepada kebajikan staf bahagian dimana unit bertanggungjawab dalam merangka latihan dan menguruskan sebarang tuntutan staf bahagian.

Unit Kawalan Kos & Kontrak

Ketua Unit:

Tugas dan peranan Unit .

 

 

 

Unit Projek & Ubahsuai Dalaman

Ketua Unit: Zainorlam Haji Ideris (Pembantu Teknik Kanan Awam)

Sebahagian skop kerja BPF adalah melibatkan pengurusan kontrak. Setiap kontrak samada projek ubahsuai, naiktaraf, penyelenggaraan berkala mahu pun penyelenggaraan one-off diuruskan oleh Unit Kontrak, BPF. Setiap perincian kontrak haruslah selari dengan Arahan Perbendaharaan serta Perintah Am yang telah ditetapkan.
Bermula daripada permohonan pelanggan, perancangan, permohonan bajet, proses perolehan, pembinaan serta perkara berbangkit selepas siap kerja, kesemuanya menjadi agenda kepada unit ini. Dengan adanya sistem maklumat kontrak, unit ini dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh pelanggan apabila diperlukan.
Unit juga bertanggungjawab dalam menangani isu atau aduan kerosakan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Unit Khidmat Pelanggan dalam memastikan penyelenggaraan berterusan tanpa kompromi.


Unit Khidmat Pelanggan

Ketua Unit: Badely Aizan Mustapha (Pembantu Teknik Elektrik)

Unit Khidmat Pelanggan merupakan pintu laluan utama bahagian. Sebahagian besar peranan unit adalah menangani aduan kerosakan dari pelanggan. Bahagian telah mewujudkan Talian Hotline 1155 bagi memudahkan aduan dihantar ke bahagian.
Dengan menggunakan sistem aduan yang diuruskan oleh Pegawai Aduan Kerosakan, setiap aduan yang diterima akan diberi respon dengan segera dalam tempoh 1 jam sebelum pembaikian dapat dibuat. Pegawai Aduan Kerosakan akan menguruskan setiap aduan masuk bermula daripada penerimaan, respon, pembaikian, status setiap tahap pembaikian dan juga maklum balas kepada pelapor.
Unit juga bertanggungjawab dalam menangani isu semasa yang dibangkitkan oleh pelanggan. Setiap pandangan, komen serta cadangan oleh pelanggan akan dijawab serta diberi maklum balas agar terdapat komunikasi dua hala di antara bahagian dan pelanggan. Maklumat yang akan disalurkan kepada pelanggan haruslah merujuk kepada 2 unit yang lain.

Twitter Bird Gadget